Lawatan pertama Presiden China, Xi Jinping ke Myanmar selepas dua dekad telah diakhiri dengan situasi yang menjengkelkan.

Pada 17 Januari lalu, sebuah badan kerajaan, Myanmar State Counsellor Office telah membuat satu hantaran di laman Facebook mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, ucapan panjang di Facebook telah diterjemahkan dalam bahasa yang kurang enak.

Kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku apabila Facebook telah secara tidak sengaja menterjemah nama Xi pada halaman rasmi kerajaan dengan nama ‘En Sh**hole’.

“Encik Shithole, Presiden China tiba jam 4PM,” kata hantaran yang diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris.

“Presiden China, Encik Shithole, menandatangani rekod tetamu dewan perwakilan,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut Reuters, Facebook telah membuat permohonan maaf atas kesilapan teknikal – mereka memberi alasan bahawa Facebook tidak mempunyai nama Xi dalam pangkalan data mereka.

Tambah mereka lagi, perkataan ‘Xi’ di dalam bahasa Burma bermaksud ‘shit’ dan ia boleh juga diterjemahkan sebagai ‘shithole’, kata Facebook.

Facebook telah menghadapi banyak masalah dengan terjemahan ke dalam bahasa Burma sebelum ini.

Kerajaan China sebelum ini dikritik hebat atas pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di negara mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Uighur Dakwa Kerajaan China Jalankan Program ‘Rogol Secara Besar-Besaran’

Bekas Pengerusi Bank Di China Mengaku Terima Rasuah Selepas RM118 Juta Ditemui Di Rumahnya

Malaysia Tawarkan Pengecualian Visa Buat Pelancong China Dan India Bermula Tahun Hadapan