Media sosial kini bukan sahaja menjadi saluran untuk bersosial tetapi juga menjadi tempat untuk orang ramai bertukar pendapat dan berkongsi ilmu. Namun akhir-akhir ini penyebaran fahaman yang bertentangan dengan pandangan ahli terutamanya dari segi perubatan sehingga wujudnya golongan anti-vaksin.

Penyebaran fahaman anti-vaksin ini bukan sahaja terjadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Berikutan dengan hal ini, Facebook mengeluarkan kenyataan untuk mengurangkan, mengawal dan menyekat post yang dimuatnaik oleh golongan anti-vaksin di Facebook. Menurut jurucakap Facebook, syarikat tersebut berusaha sebaik mungkin untuk menjadi platform sebaran informasi kesihatan yang tepat buat pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan ini dipercayai bagi mengelakkan berlakunya salah faham dan penyebaran fahaman salah mengenai sistem kesihatan. Antara post yang tular yang terjadi di Malaysia dan membimbangkan orang ramai ialah penolakan vaksin untuk kanak-kanak. Pihak Facebook turut menyarankan orang ramai untuk mendapatkan informasi kesihatan daripada golongan pakar dan bertauliah.