Sebelum ini anda mungkin pernah membaca Facebook bersedia untuk memaparkan iklan pada paparan video. Namun bagaimana cara penyediannya masih belum diketahui sehinggalah pada hari ini Facebook mengumumkan fungsi ‘Watch’. Sebuah halaman khas buat orang ramai menonton video yang dikeluarkan secara eksklusif oleh page atau daripada Facebook khusus buat para pengguna.

Melalui fungsi terbaru ini, Facebook juga dilihat cuba untuk ‘meniru’ apa yang dilakukan YouTube dengan memaparkan video yang trending ketika ini. Angka perkongsian yang tinggi bakal tersiar di halaman ini. Kami jangkakan halaman ini antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang sememangnya kerap mengikuti video yang kerap trending di Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

newsroom-hero_final-blue-11

Selain itu, untuk membuatkan Facebook Watch tampil berbeza, Facebook turut melabur kepada beberapa rancangan terkemuka untuk mengeluarkan rancangan mereka di Facebook Watch secara eksklusif. Nampaknya persaingan untuk penstriman video secara online bakal lebih kompetitif selepas ini dengan kehadiran Youtube Red dan Facebook Watch.

Dengan kehadiran Facebook Watch paparan video yang dikeluarkan secara original daripada pengguna atau page bakal terpelihara oleh Facebook. Setidaknya, uploader asal bakal menerima kredit seperti yang diharapkan sekaligus mengelakkan daripada isu cetak rompak.

Dalam pada itu, buat pengguna Malaysia, fungsi ini mungkin akan hadir tidak lama lagi memandang Facebook akan cuba mengeluarkan fungsi Watch. Berikut merupakan sedikit sebanyak paparan awal Facebook Watch.

Sumber