Masih ingatkah anda suatu ketika dahulu tradisi menghantar kad ucapan ketika sambutan hari lahir bagaikan suatu kewajipan? Kini, anda boleh menghantar kad ucapan selamat hari jadi secara digital kepada rakan anda di Facebook. Menariknya, ciri tebaharu ini membenarkan pengguna merakam video ucapan sendiri khas untuk rakan yang menyambut hari jadi.

Penerima ucapan tersebut boleh memuatnaik video ucapan di Facebook story. Video juga boleh disertakan dengan muzik sebagai latar belakang ucapan. Setakat ini difahamkan hanya rakan terdekat yang tersenarai di dalam ‘close friend’ sahaja yang boleh melihat semula video yang diterima.

capture-20190510-135559
sumber: the verge

Setakat ini ciri ini sedang berada dalam tempoh percubaan dan hanya akan tersedia untuk semua negara tidak lama lagi.