Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk menggunakan servis video conference bagi tujuan pembelajaran mahupun urusan pekerjaan.

Antara aplikasi yang paling ramai digunakan sudah pastinya Zoom yang berjaya mencatatkan lebih 300 juta pengguna berbanding cuma 10 juta pengguna pada Disember lalu.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Di sebalik peningkatan pengguna pada aplikasi Zoom, aplikasi ini ternyata mempunyai kelemahan dari segi sekuriti dimana terdapat sesetengah pengguna menjadi masalah godam pihak tidak bertanggungjawab.

Screen Shot 2020-04-25 at 4.39.42 PM

Dalam usaha menarik pengguna untuk menggunakan servis video conference yang lebih selamat dan mudah, Facebook turut menawarkan fungsi terbaru iaitu Messenger Rooms yang menawarkan fungsi yang hampir sama. Menariknya, Messenger Rooms yang diperkenalkan ini mampu menyokong sehingga 50 pengguna secara serentak.

Buat anda yang mahukan kelainan serta mahu mengelakkan daripada masalah sekuriti seperti yang terjadi pada segelintir pengguna Zoom, menggunakan Facebook Messenger Rooms atau mungkin Google Hangout antara altenatif yang boleh dicuba.

Messenger Rooms

Introducing Messenger Rooms, group video links that allow you to drop in and spend quality time with friends, family and people who share your interests. #MessengerRoomsMore info here: https://bit.ly/MessengerRooms

Posted by Messenger on Friday, 24 April 2020

Pada minggu lalu, dilaporkan lebih 500,000 akaun Zoom telah digodam dan dijual pada pasaran gelap. 

500,000 Akaun Zoom Telah Digodam Dan Dijual Pada Pasaran Gelap

Google Haramkan Para Pekerja Daripada Menggunakan Zoom

Anda Mungkin Suka