Nampaknya sebuah lagi inovasi berjaya diperkenalkan Facebook dan pada kali ini syarikat media sosial ini telah memperkenalkan perantinya yang tersendiri iaitu Facebook Portal.

Melalui model yang baru sahaja diperkenalkan, Facebook Portal hadir dengan sebuah fungsi asas sahaja iaitu memudahkan pengguna membuat panggilan video. Portal dan Portal+ hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 10-inci serta 15.6-inci. Facebook Portal juga tidak menyokong aplikasi popular YouTube, WhatsApp dan Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Facebook Portal 2

b575be19-8e76-4dcf-bfab-7774237e2428

Dari segi harga, Facebook Portal mula ditawarkan pada harga $199 (~RM828.22) manakala Portal+ ditawarkan pada $349 (~RM1,452.50). Melihat kepada fungsi yang ditawarkan, nampaknya Facebook Portal bakal menjadi produk yang gagal. Sekiranya anda merupakan kaki Facebook dan kerap membuat panggilan video, mungkin ini peranti disasarkan buat pengguna seperti anda.