Pihak Facebook sedang merancang untuk menggabungkan sistem mesej Facebook, Instagram dan WhatsApp sekaligus untuk memudahkan perkhidmatan pesanan di media sosial.

Keputusan itu diputuskan supaya ianya dapat memberikan kawalan yang meluas kepada dua syarikat tersebut dek kerana permasalahan yang timbul yang melanda syarikat tersebut berkaitan pencerobohan data peribadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Facebook bakal menjadi platform yang mendahului platform lain dalam sistem pesanan kerana dengan penggabungan antara ketiga-tiga aplikasi sistem pesanan ini, Facebook akan mempunyai jumlah pengguna paling besar di dunia dan sekaligus buat pertama kalinya dalam sejarah para pengguna akan mampu merentasi platform komunikasi di dunia.

Buat masa ini, rancangan untuk menggabungkan sistem pesanan untuk ketiga-tiga aplikasi tersebut telah pun dimulakan dan proses-proses penggabungannya dijangka siap dan mula beroperasi pada 3 bulan pertama tahun 2020 nanti.

Sumber