Facebook sedang membuat butang Dislike atau seangkatan dengannya.

Sudah lama pengguna Facebook mahukan butang Dislike dan Facebook pernah berkata mereka tidak mahu membuatnya kerana tidak mahu orang ramai berlaku kurang ajar terhadap orang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bayangkan PM Najib Razak post sesuatu di wall nya dan ada 2.6 bilion dislike? Hmmm.

Namun, terbaru Facebook telah mengubah kata hati apabila sedang membangunkan butang Dislike dan akan diuji tidak lama lagi.

People have asked about the ‘Dislike’ button for many years … and today is a special day, because today is the day that I actually get to say we are working on it and are very close to shipping a test of it – CEO Facebook Mark Zuckerberg

Zuckerberg berkata, matlamat Facebook untuk memperkenalkan butang tersebut ialah sebagai cara menunjuk rasa empati terhadap status status sedih, kurang gembira yang dikongsikan orang ramai. Mereka tidak mahu menjadikan Facebook seperti forum yang mana orang boleh vote up atau vote down post orang lain.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram