Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk menggunakan aplikasi Facebook setiap hari malah mungkin setiap masa. Memaparkan update daripada rakan-rakan serta berita baharu antara yang membuatkan aplikasi ini kekal releven sehingga kini.

Dalam pada itu, Facebook pada hari ini dilaporkan mengalami masalah yang dialami oleh ramai pengguna telefon pintar di mana perkongsian yang diselitkan dengan gambar yang banyak tidak dapat dilihat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2021-06-02 at 11.07.51 AM
Sumber: downdetector

Difahamkan masalah ini mulai berlaku sejak 5 pagi tadi sehingga kini. Menerusi laporan Down Detector, lebih 2,000 laporan oleh para pengguna telah dibuat menerusi masalah yang berlaku pada aplikasi ini.

photo6177232955831856048

photo6177232955831856049

Berikutan masalah yang berlaku melibatkan jumlah besar pengguna Facebook serata dunia, aplikasi media sosial ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai masalah yang berlaku.

Setakat artikel ditulis, masalah untuk melihat gambar yang banyak dalam sesebuah perkongsian di Facebook oleh pengguna telefon pintar masih lagi berlaku.

Facebook dilaporkan menghabiskan RM103 juta demi menanggung kehidupan Mark Zuckerberg sepanjang tahun 2020.

Facebook Habiskan RM103 Juta Untuk Tanggung Hidup Mark Zuckerberg Tahun Lalu

11 Juta Data Peribadi Pengguna Facebook Di Malaysia Bocor, Boleh Diakses Secara Percuma