Tidak cukup dengan menggunakan idea yang sama pada Instagram Stories, kini Facebook sendiri bakal tampil dengan fungsi baru iaitu Instant Video. Secara asasnya, fungsi terbaru daripada Facebook ini membolehkan pengguna menghantar video ringkas dengan mudah melalui Messenger.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

instant-video-cover-newsroom

Apa yang lebih menarik, saiz video yang rendah serta bebas bergerak di dalam messenger box bakal membuatkan anda lebih selesa untuk mengaksesnya. Kemungkinan bakal mirip seperti fungsi Multi Window yang hadir pada telefon pintar Samsung.

Melihat daripada strategi Facebook dan Instagram untuk menjatuhkan Snapchat, nampaknya dunia bisnes teknologi tak selalunya indah. Dengan kekuatan database atau pengguna yang ramai, kami yakin pengguna Snapchat bakal berkurang hari demi hari jika tiada sebarang USP atau speciality yang ditonjolkan.

Mungkin tidak terlalu mendapat sambutan, namun tahukah anda Facebook sebenarnya mempunyai laman web khas buat anda yang gemar menggunakan Facebook Chat iaitu Messenger. Fungsi Instant Video daripada Facebook ini bakal dilancarkan tidak lama lagi.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group