Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat keterujaan orang ramai serta beberapa platform popular mula menawarkan fungsi dark mode kepada orang ramai. Sokongan mod gelap ini secara tidak langsung membuatkan para pengguna tidak merasa letih mata apabila melihat sesebuah aplikasi dalam tempoh yang lama.

Selepas Instagram, Twitter, Telegram dan ditambah pula dengan iOS 13 yang dilengkapi mod gelap, Facebook pada tahun lalu turut mengumumkan pihak mereka bakal turut menawarkan perkara yang sama pada platform desktop dan telefon pintar. Selain itu, fungsi ini bakal turut diperluaskan kepada aplikasi WhatsApp.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, dikatakan Facebook sudah mula menawarkan fungsi terbaru mereka ini buat sejumlah pengguna sebelum ditawarkan kepada orang ramai secara menyeluruh. Berikut merupakan Facebook versi dark mode bagi platform desktop dan telefon pintar.

facebook-f8-dark-mode

Screen Shot 2020-01-13 at 11.52.24 AM
Sumber: Android Police

Berdasarkan laporan daripada Cnet, Facebook bakal mula menawarkan fungsi dark mode seawal Mac ini buat kesemua pengguna desktop manakala buat pengguna telefon pintar, masih belum diketahui bilakah fungsi ini akan tiba.

Selain itu, beberapa pemalam atau extension pada Google Chrome sudah mula ditawarkan buat mereka yang berminat untuk menggunakan fungsi dark mode dengan lebih awal.

Dilaporkan, WhatsApp juga bakal turut menerima fungsi dark mode tidak lama lagi. Turut dikongsikan, cara untuk mengaktifkan dark mode pada aplikasi Instagram.

WhatsApp Bakal Turut Hadir Dengan Tema ‘Dark Mode’

Ini Caranya Untuk Aktifkan ‘Dark Mode’ Pada Aplikasi Instagram