Akhir-akhir ini, dapat dilihat post yang berbaur spam serta memaksa orang ramai supaya like dan share semakin banyak di NewsFeed. Semuanya disebabkan algoritma Facebook yang lebih mengutamakan post yang menerima lebih banyak engagement.

Terbaru, dalam usaha untuk memastikan NewsFeed pengguna kekal berkualiti, Facebook dikatakan bakal menapis post yang berbaur spam untuk menerima bilangan capaian yang lebih rendah berbanding sepatutnya.

combo-1

Melalui polisi terbaru Facebook, laman sosial ini juga dikatakan bakal menapis post yang menyeru orang ramai agar share dengan kadar seperti berita kehilangan anak kecil, kereta dan sebagainya.