Facebook sejak akhir-akhir ini seringkali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Bermula dengan skandal Cambridge Analytica sehingga kepada penjualan data pengguna kepada pihak ketiga. Malah, CEO Facebook, Mark Zuckerberg juga turut menjadi buruan wartawan berikutan beberapa isu yang dielakkannya.

Terbaru, Facebook tanpa sedar telah menukar slogan mereka pada laman rasmi mereka dimana slogan yang sebelum ini tertulis “It’s free and always will be” kepada “It’s quick and easy”. Penukaran slogan selepas sedekad ini secara tidak langsung telah menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen. Berikut merupakan perubahan yang ditampilkan hanya di Facebook UK dan Facebook US.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
5d65285a2e22af0cf81f3e86-960-601
laman Facebook pada 6 Ogos 2019
5d6528dc2e22af0cc8471e59-960-615
laman Facebook pada 7 Ogos 2019

Bagi mendapatkan kepastian, laman Business Insider telah menghubungi Facebook untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keputusan yang dibuat walau bagaimanapun masih belum terdapat sebarang komen daripada pihak Facebook setakat ini.

Berdasarkan penukaran slogan yang dibuat, ramai yang berpendapat Facebook kini tidak lagi ‘percuma’ untuk pengguna. Dalam erti kata lain, penerimaan dan penyimpanan data pengguna telah menjadi bahan dagangan Facebook bagi membolehkan para pengguna mengakses laman media sosial ini tanpa dikenakan bayaran wang.

Perkara ini sememangnya tidak mengejutkan apabila disahkan oleh peguam serta pakar digital, José Antonio Castillo dimana data pengguna sememangnya menjadi ‘produk’ bagi Facebook memandangkan data pengguna sangat bernilai ketika ini. Nampaknya lebih banyak persoalan yang perlu dijawab Mark Zuckerberg apabila ditanya para wartawan selepas ini.

Selain isu kontroversi Facebook ini, berikut kami kongsikan beberapa berita terbaru melibatkan media sosial ini. Anda boleh klik pautan dibawah untuk membacanya.

Facebook Mahu Jenamakan Semula Instagram Dan WhatsApp

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Tipu Pembeli Menerusi Iklan Di Facebook