Bermula dengan sekadar aplikasi untuk orang ramai menyampaikan pesanan melalui imej dan video pendek, Snapchat mula mendapat perhatian umum setelah beberapa artis terkemuka mula meletakkan aplikasi ini sebaris dengan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Peningkatan pengguna yang tinggi serta bilangan pengguna yang aktif setiap hari antara sebab yang membuatkan Facebook berminat untuk mendapatkan Snapchat pada tahun 2013 dengan harga $3 Billion. Malangnya, Snapchat memilih jalan yang berbeza berbanding WhatsApp dan Instagram lantas mahu bergerak secara sendiri terlebih dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun Snapchat belum mencatat sebarang keuntungan sepanjang operasi bermula 2011, peningkatan pengguna yang positif antara yang membuatkan ramai dikalangan pelabur mula yakin dengan aplikasi ini.

Kemasukan Snapchat ke IPO pada tahun ini dengan anggaran nilai sebanyak $25 billion sedikit sebanyak mungkin akan mengancam pengguna Facebook dan Instagram untuk beralih ke platform media sosial yang lain.

Menggunakan prinsip ‘better late than never‘ Facebook nampaknya ‘terpaksa’ untuk memilih jalan memperkenalkan fungsi yang sama seperti Snapchat dengan memperkenalkan ‘Stories’. Bermula daripada Instagram, Facebook dan seterusnya ke WhatsApp.

Mark Zuckerberg bersama CEO Snapchat, Evan Spiegel

Mengapa Facebook mengaplikasikan fungsi yang sama pada 3 aplikasi mereka kami juga tidak ada idea, namun perkenalan ‘Instagram Stories’ dilihat berjaya untuk mengurangkan bilangan pengguna aktif Snapchat sekaligus beralih kepada Instagram Stories.

Begitulah dunia bisnes syarikat teknologi berentap. Syarikat yang tidak berjaya ‘mencuri hati’ pengguna serta berinovasi pastinya akan turun. Hasrat Facebook untuk melawan Snapchat dilihat sebagai cara untuk Facebook kekal dominan sebagai antara syarikat media sosial terkaya dunia bersama Google.

Dalam pada itu, Snap selaku syarikat induk bagi Snapchat berjaya menerima sambutan baik dengan pembukaan IPO pada hari kelmarin. Pembukaan harga $17 untuk setiap share Snap ini mendapat pengakhiran yang baik apabila ditutup dengan harga $24.48. Dijangka harga share Snapchat akan meningkat jika Snapchat berjaya mengekalkan rentak sebagai platform utama untuk orang ramai berkongsi cerita atau video pendek.

Sumber