Disaat Netflix, Amazon dan iflix masing-masing bertungkus lumus mencuba sedaya upaya untuk mencuri hati pengguna, Mark Zuckerberg baru-baru ini telah mengumumkan Facebook TV bakal menjadi pencabar terbaru di dalam industri online media.

Pengumuman daripada Mark Zuckerberg ini diikuti dengan perancangan untuk melancarkan lebih 24 rancangan seawal bulan depan. Selain itu, mereka juga telah memilih beberapa duta dan pelakon untuk menarik hati pengguna mencuba servis yang bakal dilancarkan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali Facebook memilih untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang sudah menjadi pioneer di dalam industri masing-masing.

Facebook sebelum ini telah berjaya ‘membunuh’ Twitch yang terkenal dengan platform live atau penstriman secara langsung. Nasib yang sama juga menimpa Snapchat selepas Facebook menyertakan fungsi Instagram Stories pada aplikasi kendalian mereka.

perbentangan roadmap Facebook 10 tahun akan datang pada acara Facebook F8 tahun lepas
bilangan pengguna aktif aplikasi yang dikuasai Facebook

Kami lihat langkah yang dilakukan Facebook pada kali ini sebagai sebuah langkah yang sangat berani. Dengan adanya Netflix, Hulu dan Amazon, hasrat Facebook untuk menembusi market mungkin dilihat agak sukar.

Namun tidak ada yang mustahil jika diukur berdasarkan prestasi Facebook beberapa tahun yang lepas ini. Tidak dilupakan juga pengguna Facebook yang sendiri yang kini mencecah 2 billion pengguna.