Facebook nampaknya telah meneruskan trend untuk mewujudkan setiap aplikasi dengan satu fungsi khas. Bermula daripada Pages Manager, seterusnya Facebook Messenger dan terbaru ialah Facebook Events.

Seperti tab events yang ada pada Facebook, aplikasi Facebook Events bakal memaparkan sebarang invitation yang selalu diterima oleh rakan-rakan. Untuk rakyat Malaysia, tidak sah jika tidak menerima ajakan kenduri melalui Facebook Events.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

events-asset2-search

events-asset3-calendar

Apa yang lebih menarik, aplikasi Facebook Events membolehkan anda bersosial dengan lebih lagi melalui pencarian lokasi event yang berlangsung sekitar anda. Hanya perlu masukkan tarikh dan lokasi dan segalanya bakal terpapar. Paparan melalui view calender membolehkan anda menjadual jadual bulanan anda dengan lebih mudah.

Buat masa ini aplikasi ini cuma ditawarkan buat pengguna iPhone sahaja, buat pengguna Android, anda perlu menunggu seketika sebelum aplikasi mula dilancarkan.

Sumber