Facebook pada hari ini telah mengumumkan mereka akan menapis serta tidak akan mengeluarkan iklan melibatkan kripto wang melalui Facebook Ads.

Difahamkan tujuan utama Facebook mengharamkan iklan melibatkan kripto wang adalah disebabkan terlalu banyak iklan yang mempromosikan kripto wang dengan cara yang salah. Penipuan, penawaran maklumat yang salah serta melibatkan scam antara mahu dielakkan Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih parah, pengumuman yang dibuat Facebook ini sekaligus telah membuatkan harga bitcoin selaku salah satu kripto wang jatuh seketika.

Dalam pada itu Mark Zuckerberg masih lagi positif dalam kemajuan kripto wang dan yakin kripto wang masih mempunyai potensi yang besar untuk digunakan oleh orang ramai.

Buat anda yang ingin menceburi pelaburan dalam kripto wang, kami sarankan anda untuk lebih berhati-hati agar tidak menjadi scam yang menjanjikan gandaan keuntungan yang berganda.

Sumber