Jika anda mengalami gangguan untuk mengakses aplikasi sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp semenjak semalam, jangan risau kerana hampir semua pengguna internet mengalami perkara yang sama. Sehingga kini gangguan tersebut masih belum selesai di beberapa negara.

Sesetengah pengguna tidak boleh menghantar pesanan, gambar atau video di WhatsApp manakala di Facebook dan Instagram pula tidak boleh memaparkan feed terbaharu, hanya gambar beberapa hari lalu sahaja atau lebih teruk lagi kesemua feed tidak dapat diakses.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot_2

capture-20190314-094358

Namun difahamkan di Malaysia setakat ini gangguan hanya melibatkan pengguna aplikasi pada desktop dan tidak kepada aplikasi di dalam telefon pintar.

Facebook dan Instagram telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini di laman Twitter semalam bagi menjawab kebimbangan pengguna yang semakin bertambah.

Semalam bukan hanya 3 aplikasi tersebut tejejas malah ada dalam kalangan pengguna juga menghadapi kesukaran untuk mengakses Gmail dan Google Drive. Setakat ini, semua pihak sedang berusaha memperbaiki dan menyelesaikan gangguan yang terjadi.