Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini penyanyi tanah air Azmi Saat telah menjadi buah mulut ramai pihak apabila beliau memuat naik sebuah perkongsian di mana beliau terpaksa berhadapan dengan penghantar barang yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut perkongsian yang dimuat naik di dalam laman Facebook rasmi Azmi Saat, beliau menceritakan bahawa beliau telah membeli barang dan telah menggunakan Grab Delivery sebagai penghantaran barangan tersebut. Namun, apabila beliau periksa penghantar bagi barangan tersebut, penghantar tersebut juga merupakan OKU.

“Antara salah satu cara saya membeli barangan adalah dengaan mengunakan Grab Delivery. Sekarang saya sedang tunggu Abang Grab menghantar belian saya. Masalahnya, Abang Grab itu juga OKU. DIA OKU Pekak,” luah beliau.

azmi-saat

Sumber: Budiey

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata dari mereka tertanya-tanya akan kesinambungan bagi perkara tersebut.

Bagi membalas persoalan netizen bagi mengetahui apa terjadi susulan kejadian tersebut, penyanyi tersebut memberitahu dengan membalas salah seorang netizen di ruangan komen.

“Dah dapat dah. Tak susah pun. Kami berhubung melalui mesej. Saya kata tunggu di sekian sekian tempat. Lepas tu dia datang dan hulurkan barangnya. Alhamdulillah,” balas Azmi.

Turut kongsi pengalaman berhadapan dengan OKU

Perkongsian tersebut bukan sahaja telah mendapat tindak balas yang positif daripada netizen malah sebahagian daripada mereka turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan individu yang berstatus OKU. Berikut merupakan antara pengalaman netizen berhadapan dengan OKU.

Screen Shot 2020-12-07 at 8.50.29 PM

Screen Shot 2020-12-07 at 8.49.47 PM

Walaupun rata-rata netizen memberi komen positif apabila berhadapan dengan individu yang berstatus OKU namun ada juga yang meluahkan kesukaran untuk berkomunikasi apabila mendapat penghantar atau pemandu yang berstatus OKU.

Screen Shot 2020-12-07 at 8.49.00 PM

Terdahulu, terdapat perkongsian yang juga dari golongan OKU yang memberitahu kesukaran yang terpaksa beliau hadapi apabila umum tidak memahami akan apa yang beliau ingin sampaikan terutama sekali apabila berurusan di kedai.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai seorang gadis yang sering mengguna nota apabila ke kedai jadi beliau berharap ramai yang belajar bahasa isyarat pada pautan di bawah.

Sering Guna Nota Bila Ke Kedai, Gadis Ini Harap Lebih Ramai Belajar Bahasa Isyarat

Hubungi Jurubahasa Isyarat Bantu OKU Buat ‘Report’, Tindakan Polis Ini Dipuji Netizen

Anda Mungkin Suka