Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada hari ini, saya kongsikan cara saya memfailkan dokumen-dokumen penting untuk urusan dan pengiraan cukai pendapatan.

Jika Tuan Puan ada sebarang maklumat tambahan, sangat dialu-alukan.

1. Fail

Saya simpan dalam fail ini.

Semasa bekerja dulu, saya pilih-pilih kotak fail yang tidak digunakan lagi dalam bilik stor fail dan gunakan sampai sekarang.

2. Susun

Saya susun dokumen ikut tahun. Di bahagian belakang itu, ikut jenis dokumen.

Pilihlah yang mana memudahkan kita untuk merujuk kembali pengiraan dan dokumen sokongan.

3. Borang EA

Borang EA. Borang ini diberikan oleh majikan setiap tahun. Simpan molek, bak kata Ustaz Azhar Idrus.

Borang ini penting sebab kita buat pengiraan taksiran cukai/ e-filing berdasarkan maklumat dalam borang ini.

4. E-filing

Asasnya, apa-apa juga jumlah yang kita masukkan dalam ruangan-ruangan dalam e-filing ini, perlu ada dokumen sokongan.

Misalnya, resit untuk pembelian buku, komputer, perubatan ibu bapa.

5. Resit E-filing

Siap e-filing, cetak satu salinan untuk memudahkan kita membuat rujukan pengiraan bagi tahun berikutnya.

6. Kalkulator zakat.

Bergantung pada institusi zakat yang kita pilih untuk buat pengiraan.

Saya print satu copy untuk rujukan.

7. Resit rasmi pembayaran zakat

Ini adalah resit rasmi pembayaran zakat.

8. Insurans

Dokumen sokongan untuk insurans pendidikan dan perubatan. Biasanya akan dihantar oleh pihak bank pada awal tahun.

9. Insurans nyawa

Dokumen sokongan untuk insurans nyawa dan KWSP (dalam e-filing).

10. Resit Derma

Resit derma. Pastikan resit derma layak mendapat pelepasan cukai.

11. Resit buku

Resit buku. Saya buat macam ni sebab kena audit meja tempoh hari.

Biasanya saya simpan dalam sampul surat, mengikut tahun.

12. Penyata kedudukan cukai.

Ada sesetengah kes, kita terpaksa merujuk pada kaunter di pejabat LHDN. Mereka akan cetak kedudukan cukai kita. Dari sini kita boleh track semula taksiran dan pembayaran yang dibuat dan sekiranya ada item-item pelarasan.

Artikel di atas disumbangkan oleh Zatika Izati Puade. Penulis. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka