Nampaknya niat Faizal Tahir untuk menegur netizen yang menghasilkan challenge yang viral di media sosial diperlekehkan oleh sesetengah pihak.

Dalam satu perkongsian beliau di laman Instagram, Faizal telah menegur netizen yang menyertai challenge Lathi khususnya untuk berfikir dahulu sebelum membuat cabaran berkenaan kerana ia sesuatu yang tidak berfaedah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pernah tak kita terfikir tentang cabaran berjoget ini jika kita pos di media sosial, adakah ia akan beri faedah kepada masyarakat? Habiskan masa dan tenaga untuk benda tak berfaedah serta tidak menyumbang kepada amalan apabila kita mati nanti. Fikir-fikirkanlah,” antara teguran pedas Faizal di Instagram.

https://www.instagram.com/p/CBCpt3oJQUg/

Rata-rata memuji dan bersetuju dengan kenyataan Faizal Tahir di Instagram. Namun berbeza pula di Twitter apabila ada yang berkongsi semula gambar lama Faizal Tahir tidak berbaju di sebuah konsert satu ketika dahulu.

doc6zzpwq683xzuu6lgff3
Gambar lama Faizal Tahir Yang ditularkan semula

Walaupun diaibkan dengan gambar berkenaan, Faizal Tahir dengan tenang menjawab kejadian berkenaan adalah kisah lamanya dan disebabkan insiden tersebut, beliau lebih berhati-hati dalam perbuatan dan tidak mahu generasi muda serta netizen menerima nasib yang sama sepertinya.

“Ini cara Allah ‘tegur’ saya untuk buka mata dan hati saya. Banyak perkara yang saya lakukan sebelum ini yang saya tidak tidak akan berbangga saya lakukannya. Tetapi ia berlaku untuk kita belajar daripadanya. Alhamdulillah,” tulis Faizal Tahir tenang.

Faizal berkata tiada individu yang terlepas daripada membuat kesilapan dan beliau sekadar menegur sebagai peringatan kepada semua supaya tidak membuat sebarang cabaran tanpa usul periksa. Kami yakin ramai yang bersetuju dengan teguran Faizal Tahir ini.

Cabaran Lathi yang sedang tular ketika ini juga adalah antara cabaran yang tidak baik kerana berunsur syirik. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Seram Dan Didakwa Berunsur Syirik, Penceramah Minta Hentikan ‘Lathi Challenge’

Pemuda Ini Dikecam Selepas Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000

Lagu Akhir Zaman Bunkface Dikecam Kerana Bantah LGBT