Sejak akhir-akhir ini, trend pemasangan fake braces semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Menawarkan harga yang rendah serta menjanjikan gigi yang teratur serta tidak sakit antara yang membuatkan segelintir pengguna terpengaruh.
Malah, trend ini dilihat semakin tular di media sosial khususnya Instagram di mana harga yang jauh lebih rendah berbanding pemasangan di klinik gigi oleh doktor profesional antara yang menjadi punca mengapa trend fake braces menjadi pilihan.
Terbaharu, tular di Twitter @ArepJawa yang merupakan seorang doktor gigi di Setia Tropika, Johor Bahru yang berkongsi masalah yang dialami pesakitnya. Menerusi perkongsian, sewaktu beliau meminta buka sahaja mulut, beliau dapati pesakit berkenaan dilihat memakai fake braces atau braces palsu.
Beberapa lepas, ada seorang pesakit datang klinik untuk cabut gigi. Macam biasa, aku sembang dulu tanya-tanya sebelum buat. Dia kata nak cabut sebab goyang.
Bila aku minta dia buka mulut saja, pap! Aku nampak satu benda pelik. BRACES PALSU!
1/13 pic.twitter.com/AT8sftJY1e
— A J 🦷🧚🏼♂️ (@ArepJawa) September 25, 2022
Berdasarkan pertanyaan, pesakit tersebut dengan segan silu memaklumkan beliau sudah lebih setahun memakai fake braces. Difahamkan kakak beliau yang membelanjakan beliau untuk memakai braces palsu ini dengan harga sekitar RM300 lebih.
Pertanyaan seterusnya doktor ini dalam bertanyakan lokasi pemasangan fake braces ini nyata membuat pesakit ini segan untuk menjawabnya namun tetap memaklumkan di mana beliau memasangnya di sebuah salun kecantikan.
"Pasang di mana ni?"
"Errrr…di klinik lah dr."
"You yakin klinik? Ada set up macam klinik I tak? Ada kerusi macam you duduk ni tak?"
"Emmmmm…" Lama dia diam.
"You jangan risau. I tanya sebab nak tolong. I kesian sangat tengok keadaan gigi you."
3/13
— A J 🦷🧚🏼♂️ (@ArepJawa) September 25, 2022
Doktor ini seterusnya memaklumkan pemasangan braces palsu adalah sangat merbahaya di mana ia dipasang oleh bukan doktor profesional. Malah pemasangan braces palsu dimaklumkan sekadar menggunakan power chain semata-mata.
Aku mula terangkan yang dia pakai tu sebenarnya adalah braces palsu. Aku terangkan perbezaan antara yang asli dengan palsu. Terangkan komplikasinya & sistem mekanismenya. Dia faham & dia akur yang dia pakai braces palsu. Dia minta aku buatkan apa-apa yang patut.
5/13 pic.twitter.com/b386Uym4on
— A J 🦷🧚🏼♂️ (@ArepJawa) September 25, 2022
Selain itu, pemasangan braces palsu bakal membuatkan karang gigi menebal, gigi berlubang, pergerakan gigi yang tidak terawal dan juga gigi bengkak lalu berdarah.
Malah, terdapat kes di mana pemasangan braces palsu membuatkan para pengguna sukar bernafas serta sukar untuk menutup mulut.
Lepas tu, ADA KE PATUT DIA PASANG POWER CHAIN (GETAH) SEMATA? YA ALLAH!
Memang pergerakan gigi tu melampau lah. Power chain ni kuat gila nak mamp tarikan dia!!! Gigi kita tak sepatutnya bergerak dengan sangat banyak. Sebab tu gusi bengkak & gigi goyang. Sebab pergerakan!
8/13 pic.twitter.com/aEZ9lldmqE
— A J 🦷🧚🏼♂️ (@ArepJawa) September 25, 2022
Selain itu, difahamkan kebanyakan braces palsu tidak dipasang sehingga gigi paling belakang membuatkan tarikan gigi tidak sekata. Bukan itu sahaja, tarikan menggunakan getah sahaja bakal membuatkan para pengguna sengsara disebabkan tarikan getah yang kuat.
Doktor ini turut berkongsi karang gigi yang berada pada gigi pesakit beliau yang menggunakan braces palsu. Karang gigi yang tebal ini secara tidak langsung membuatkan mulut berbau.
Lebih mengejutkan netizen, doktor ini turut memaklumkan terdapat banyak lagi karang gigi yang terdapat pada mulut beliau. Malah, masalah gigi berlubang turut terjadi yang membuatkan doktor memilih untuk melakukan proses tampal.
Aku cakap, kita kena selesaikan keperluan & rawatan paling asas dulu. Bila keadaan mulut dah bersih, gusi dah sihat semua baru boleh fikir nak pasang braces yang elok.
Dia angguk & setuju.
12/13
— A J 🦷🧚🏼♂️ (@ArepJawa) September 25, 2022
Sehubungan dengan itu, beliau berharap trend pemasangan braces palsu ini dapat dihentikan serta menyeru mereka yang menjalankan bisnes braces palsu untuk menghentikannya agar tidak merosakkan kesihatan individu lain.
Korang bukan nak tanggungjawab pun dengan pesakit yang datang kan? Review diorang cemana? Kalau pesakit dijangkiti virus/kuman daripada korang, cemana? Jangan nak menjahanamkan nyawa orang boleh?
Berhenti lah buat kerja bangsat ni. Bertaubat & kembali ke pangkal jalan!
Tamat.
— A J 🦷🧚🏼♂️ (@ArepJawa) September 25, 2022
Perkongsian yang dilakukan telah mendapat respon yang pelbagai di kalangan netizen di maan rata-ratanya bersetuju braces palsu sememangnya memberi kesan kepada kesihatan gigi meskipun ditawarkan pada harga yang murah.
Tidak kurang juga terkejut dengan pilihan pengguna yang sanggup memasang braces palsu di salun kecantikan berbanding di klinik yang bertauliah.
punya nak murah, sampei diri sendiri tak sayang. 🥹 https://t.co/7wBRUDqOUu
— alip ba ta (@mohdXaliff) September 27, 2022
tacodddd 😭 now semua yang pakai fake braces are facing the sequence https://t.co/yOahFZQa5H
— Alia Hamzah (@AliaHmzh) September 26, 2022
Hati kering pasang braces dekat salon🤦🏻♀️ https://t.co/zLpneydnUv
— 🥧 (@editdelete) September 26, 2022
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak memilih untuk menggunakan braces palsu sekiranya berniat untuk mendapatkan gigi yang teratur dan sihat sebaliknya mendapatkan nasihat pakar serta pemasangan di klinik gigi.