Apa punca anak speech delay? Sebab ajar anak membaca cepat sangat? Sebab tunjuk flashcards awal sangat? Kalau anak main sendiri tanpa interaksi orang lain?

Mak ayah sibuk kerja, anak beri bibik atau pengasuh. Balik pun sibuk dengan gajet. Anak masih sensiro dengan mainannya. Memanjat dan berlari tanpa interaksi mak ayah, rasa-rasa bagaimana?

Saya pernah saksikan di padang permainan sewaktu bermain dengan Wafa, ramai ibu bapa yang hanya jadi penunggu, sambil handphone di tangan.

Anak naik slide dengan cara yang salah, tidak ditegur. Anak jatuh, bangkit sendiri. Tiada penglibatan mak ayah.

Banyak sebab. Ya banyak. Bukan sebab flashcards. Bukan sebab buku. Bukan itu sahaja. Ada ke mak-mak yang tunjuk flashcard dalam pantang?

Adoi… Rasanya mak pun tak fully recover lagi. Masih nak manja-manja diri, masih orang yang tolong buat itu dan ini.

Kepada peserta bengkel saya pun, saya selalu sebut 2 bulan pertama even 6 bulan pertama, mak-mak masih fragile, bayi pun sama. Cuma banyakkan sentuhan, urut bayi, susukan bayi, bercakap dengan bayi.

Kesian flashcards dan buku menjadi mangsa sebab anak speech delay.

Saya senaraikan. Speech delay disebabkan banyak faktor:

1. Mak ayah sangat kurang bercakap dengan anak mereka. Tiada rangsangan bahasa. Mereka kurang dengar orang bercakap.

2. Anak diberikan terlalu banyak pendedahan terhadap gajet. Bayi lagi dah menghadap telefon. Tiada kawalan. Bawah 2 tahun sepatutnya banyakkan direct touch, direct interaction.

3. Anak tidak diberikan ruang dan peluang yang secukupnya untuk meneroka dunianya. Anak tidak dibawa ke taman permainan misalnya. Tak pijak rumput, tak main tanah. Adakah sebab anak 24 jam hadap flashcards?

4. Anak tidak merangkak. Saya pernah tulis artikel berkenaan merangkak. Boleh google kebaikan merangkak.

5. Anak tidak diberikan makan selepas 6 bulan. Hanya susu ibu semata. Jadi rangsangan pada rahangnya kurang.

Saya pernah sebut dalam bengkel saya juga. Suruh makan masa 6 bulan bukan menidakkan kebaikan susu ibu tetapi tiba masa iaitu 6 bulan, susu ibu sahaja tidak mencukupi. Maka perlu makanan tambahan.

6. Mungkin adalah masalah lain, tongue tie misalnya, atau mouth cleft? Masalah pendengaran?

7. Autism, cerebral palsy, brain injury?

8. Lihat background anak. Mungkin dia diabaikan atau didera? Ini mungkin jadi punca.

Saya yakin dan percaya, mak-mak yang guna flashcards dan buku tu bukan 24 jam suruh anak menghadap benda tu. Nak dapat 5 minit pun susah. Anak akan lebih tertarik dengan benda real untuk dibuat main.

Saya cuma nak sampaikan secara baik bahawa flashcards dan buku bukan satu-satunya penyebab anak-anak speech delay. Banyak sebab.

Jadi kita kena peka. Tengok perkembangan anak. Eye contact ada tak, merangkak tak, masukkan tangan dalam mulut tak dan sebagainya.

Kasihan ibu-ibu.

Beginilah, saya ringkaskan supaya tidak pening kepala. Saya pernah tulis tapi saya tulis sekali lagi:

1. Umur 0 -3 tahun: Banyakkan interaksi dan komunikasi, sentuh anak, gendong anak, bermain dengan anak, biarkan anak bermain, merangkak, berlari, memanjat, membaling, menyepak dan sebagainya.

2. Umur 4 ke atas: Beri pendedahan untuk playgroup, atau tadika. Belajar rutin, kenal guru, sosial dengan kawan, belajar berkongsi, belajar dalam keadaan fun dan sebagainya.

Bagaimana nak tahu anak ikut track ke tidak dalam perkembangannya?

Jangan miss jumpa doktor sekurang-kurangnya sehingga umur 2 tahun. Dalam buku pink ada ditulis tahap perkembangan anak. Nurse dan doktor boleh detect awal jika anak ada masalah.

Saya harap posting ini membantu. Tak perlu saling mengecam. Semua para ibu perlukan bantuan. Semua educator pun perlu bersatu hati.

Maafkan saya jika ada salah dan silap.
Selamat mendidik dengan kasih sayang.