Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan terbaru Elon Musk, anda pasti mengeathui beliau kerapkali hadir dengan idea yang hebat dan inovatif. Tidak cukup sekadar menhasilkan kereta elektrik terlaju dunia serta panel solar yang mampu menjana kuasa seluruh pulau, kini Elon Musk bersama syarikatnya iaitu SpaceX bakal menerbangkan rocket ‘Falcon Heavy’ ke angkasa lepas.

‘Falcon Heavy’ yang pada awalnya dijadualkan untuk berlepas pada bulan Jun terpaksa menangguhkan misi penerbangan mereka berikutan kelengkapan dan komponen yang tidak mencukupi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

la-1464877774-snap-photo

https://www.instagram.com/p/BXEkGKlgJDK/?taken-by=elonmusk

Buat masa kini, misi ‘Falcon Heavy’ akan cuma digunakan untuk meneroka angkasa dan kemungkinan tidak akan melepasi orbit menurut Elon Musk. Pelancaran roket sekaligus bakal memberi gambaran buat Elon Musk bersama pasukannya sama ada berjaya atau tidak misi mereka untuk menerbangkan roket seterusnya ke Planet Marikh. Ya, itulah cita-cita individu yang bernama Elon Musk.

Setakat ini pihak Space X masih belum mempunyai tarikh yang tetap sempena pelancaran ‘Falcon Heavy’ ke angkasa pada bulan hadapan. Semestinya acara ikonik ini bakal disediakan untuk tontonan umum termasuk menerusi Youtube Live.