Filem Fall In Love At First Kiss yang dilakonkan oleh Darren Wang (Jiang Zhi Shu) dan Lin Yun (Yuan Xiang Qin), arahan Frankie Chen merupakan filem cinta yang telah diadaptasi daripada sebuah komik “Mischievous Kiss” ini bakal mengisi waktu lapang anda bersama pasangan menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari ini.

Sedikit sinopsis mengenai filem ini adalah Yuan Xiang Qin yang merupakan pelajar kelas tercorot telah menyimpan perasaan terhadap Jiang Zhi Shu yang merupakan pelajar lelaki terkenal dan terpandai di sekolah mereka namun pelbagai konflik yang berlaku sepanjang beliau menyimpan perasaan tersebut terhadap Jiang Zhi Shu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-02-13_11-40-35

First-Kiss

Jiang Zhi Shu sangat terkenal dan diminati oleh kesemua pelajar perempuan di sekolah Dunan sehingga setiap waktu akan dikejar oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah tersebut. Beliau juga merupakan pelajar yang sangat dibanggakan oleh guru-guru dan menjadi pelajar contoh di sekolah tersebut.

Yuan Xiang Qin mula menaruh perasaan terhadap Jiang Zhi Shu dan sentiasa berusaha untuk menarik perhatian Jiang Zhi Shu supaya menyukai dan melihat beliau walaupun daripada jauh. Pada satu hari, Yuan Xiang Qin mempunyai kekuatan untuk meluahkan perasaan beliau terhadap Jiang Zhi Shu namun telah dipersendakan oleh Jiang Zhi Shu.

FB_IMG_1549941037722

Apa yang kami dapat katakan setelah menonton filem ini, ianya merupakan satu filem yang penuh dengan gelagat yang mencuit hati. Bagi kami, babak yang paling kelakar dalam filem ini adalah babak apabila Yuan Xiang Qin menayangkan sebuah video di layar kepada kesemua pelajar sekolah mereka yang menunjukkan Jiang Zhi Shu memakai pakaian wanita sambil menari di dalam satu majlis bersama keluarga beliau. Pastinya anda yang menonton akan berasa geli hati dengan adegan-adegan yang diselitkan dalam filem tersebut.

Mungkin juga ianya disebabkan filem ini diadaptasi dari siri manga Mischievous Kiss, dan pernah juga diadaptasi dalam drama korea iaitu Playful Kiss akan membuat anda berharap filem ini memiliki sedikit kelainan. Pastinya sesiapa yang pernah menontonnya akan dapat menghubung kaitkan filem ini dengan drama korea tersebut akan tetapi, vibe yang dibawa dalam versi filem ini sangat “fresh” dan penuh dengan unsur lawak. Malah, filem ini juga membawa mesej yang baik untuk dijadikan pengajaran dimana jika berusaha akan dapat mengecapi kejayaan.

Filem Fall In Love At First Kiss ini dapat digarap dengan baik sekali mungkin disebabkan pengarahnya Chen Yu San yang memiliki pengalaman mengarah filem romantik Our Times yang pernah mendapat tempat dihati penonton sebelum ini. Rating yang kami berikan untuk filem Fall In Love At First Kiss ini adalah 7.5/10 bintang. Bagi anda yang menyukai filem romantis, filem ini sangat untuk anda tonton bersama pasangan anda pada Hari Kekasih yang bakal tiba nanti.