Pada bulan Disember yang lalu, FamilyMart telah menawarkan aiskrim percuma untuk anda yang lahir bulan Disember. Kini, FamilyMart kembali dengan promosi aiskrim percuma untuk anda yang lahir bulan Januari pula.

Untung siapa yang lahir pada bulan Januari ini kerana anda boleh mencuba aiskrim perisa baharu dengan percuma. Mesti anda rasa terharu dan teruja, bukan?

104504407-GettyImages-475887220-fraud-website.1910×1000
HYPE
4 Tip Kemas Rumah Efektif Dan Mampu Jana Duit Poket Yang Anda Boleh Cuba
Baca lagi →

Kali ini, FamilyMart perkenalkan aiskrim berperisa strawberi yang pastinya mengetengahkan rasa yang manis dan ‘fresh’. Bukan sahaja aiskrim berperisa strawberi diperkenalkan, malah ia hadir dalam bentuk minuman dan juga aiskrim sundae.

Mudah sahaja untuk menebus aiskrim percuma ini, dimana anda hanya perlu muat turun aplikasi FamilyMart pada telefon pintar anda dan mendaftar menjadi ahli. Kemudian, pergi pada bahagian reward dan pilih birthday voucher dan tunjukkan di kaunter untuk menebus baucer anda.

Let's enter the new year with the tasty and irresistible flavour of berry, berry Strawberry 🍓! Say hi and try our…

Posted by FamilyMart Malaysia on Tuesday, 31 December 2019

Jika bukan hari lahir anda pada bulan ini, jangan risau kerana harga untuk aiskrim hanyalah RM2.90 sahaja. Harga bagi sundae pula RM3.90 pada 1 Januari hingga 14 Januari 2020 ini dan selepas itu akan berharga RM4.90 serta harga minuman pula berharga RM6.90 sahaja.

Akan tetapi, adalah diingatkan bahawa promosi ini sah dan tersedia di kesemua cawangan FamilyMart kecuali di Genting Highlands dan KLIA2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan aiskrim percuma.

Menarik penawaran istimewa daripada FamilyMart ini. Adakah anda sudah menjadi yang terawal mencuba aiskrim perisa baharu ini? Kami senaraikan beberapa menu yang pernah diperkenalkan oleh FamilyMart di bawah ini.

FamilyMart Perkenalkan Aiskrim Perisa ‘Belgian Dark Chocolate’ Edisi Terhad

FamilyMart Perkenalkan Menu Terbaharu ‘Spicy Korean Soup’

Bagaimana Pemberian Roti Keju Di FamilyMart Buatkan Saya Faham Konsep Rezeki

Anda Mungkin Suka