Jika anda sering membeli barang di kedai serbaneka 24 jam, anda mungkin familiar dengan kedai serbaneka FamilyMart ini. Baru-baru ini, FamilyMart Co mengumumkan untuk memulakan perniagaan gym 24 jam untuk memanfaatkan minat terhadap kecergasan yang semakin meningkat di kalangan pengguna.

Mereka merancang membuka sebanyak 300 cawangan gym di tingkat 2 di setiap cawangan mereka dalam masa 5 tahun. Cawangan pertama akan dibuka di Tokyo, pada pertengahan Febuari tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gym yang bakal diberi nama Fit & Go ini, akan dilengkapi dengan Treadmill dan bilik mandi bersama jurulatih kecergasan. Pengguna juga akan dibekalkan apikasi yang membantu dalam latihan penggunaan alatan gym.

Minggu lepas, FamilyMart mengumumkan untuk memasang mesin dobi layan diri yang dikendalikan duit syiling di beberapa kedainya untuk menarik lebih banyak pelanggan dengan mempelbagaikan perkhidmatannya.

Bagi ingin merasai pelbagai makanan dan minuman Jepun, anda boleh menerjah outlet mereka di Malaysia. Kami cadangkan anda mencuba minuman Cookies Frappe yang merupakan bestseller di Jepun dan Taiwan.

Sumber