Mula memasuki pasaran Malaysia sekitar tahun 2016, kedai serbaneka kesukaan ramai dari Jepun ini berjaya membuka cawangan ke-100 mereka di Jonker Street, Melaka.

Menurut pengarah eksekutif, QL Resources Bhd selaku syarikat induk bagi francais Family Mart, pembukaan cawangan terbaru ini bertepatan ini strategi FamilyMart untuk menawarkan lebih banyak cawangan di Malaysia dimana mereka mensasarkan sebanyak 300 cawangan menjelang 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
FAMILY_MART_KE-100_DI_MALAYSIA_1558112525
Sumber: Harian Metro

Berdasarkan pelan perancangan, sebanyak 20 cawangan FamilyMart bakal dibuka di seluruh Melaka dalam tahun ini manakala dua cawangan lagi bakal dibuka di Negeri Sembilan.

Untuk pengetahuan, cuma 9 cawangan daripada 100 cawangan yang dibuka bertempat di Lembah Klang manakala selebihnya berada di Lembah Klang. Pembukaan cawangan ke-100 ini merupakan detik ikonik buat FamilyMart apabila mereka berjaya memperoleh sijil halal daripada JAKIM untuk seluruh 108 makanan dan minuman yang ditawarkan.

Buat anda selaku penggemar makanan yang tersedia di FamilyMart seperti oden dan aiskrim, pastinya berita ini bakal mengembirakan dimana anda berpeluang mendapatkannya dengan lebih mudah.