Sofuto atau aiskrim merupakan salah satu menu FamilyMart yang mempunyai tarikan tersendiri selain daripada oden. Sebelum ini beberapa perisa baharu edisi terhad telah diperkenalkan dan mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai. Antara perisa yang pernah trending ialah Coco Sofuto, Cheesecake Sofuto dan French Vanila.

Kini Family Mart kembali memperkenalkan satu lagi perisa baharu untuk pelanggan setia iaitu Mediterranean Sea Salt Sofuto. Pelanggan juga kini boleh memilih kon biasa ataupun kon coklat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya warna aiskrim perisa baharu ini yang berwarna biru benar-benar memberi gambaran laut Mediterranean. Namun, jangan risau kerana tiada pewarna tambahan digunakan. Sofuto berwarna biru ini dihasilkan daripada warna ekstrak spirulina.