Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja FamilyMart, pasti anda sudah terbayang oden yang dihidang bersama sup tomyam pedas dan lazat. Kini, FamilyMart perkenalkan sup oden perisa baharu ‘spicy korean soup’ yang pasti akan membuat anda terliur.

Pastinya aroma dan rasa sup yang baru diperkenalkan ini akan membuatkan anda seperti berada di Korea. Menariknya, anda juga boleh tambah keju pada oden anda.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Akan tetapi, ‘spicy korean soup’ ini hanya tersedia sehingga 24 September 2019. Walau bagaimanapun, pengenalan sup baharu ini tidak akan menggantikan sup yang sedia ada di FamilyMart. Adalah diingatkan bahawa tawaran menu ini tersedia di semua cawangan FamilyMart kecuali FamilyMart [email protected], FamilyMart IOI City Mall, FamilyMart Mid Valley L3 dan Resorts World Genting.