Coklat merupakan antara snek dan manisan kegemaran hampir semua orang di seluruh dunia. Coklat mengandungi pelbagai khasiat dan juga makanan yang boleh buat anda awet muda.

FamilyMart tampil perkenalkan perisa baru iaitu Belgian Dark Chocolate sofuto untuk pelanggan setia semalam. Sebelum ini, FamilyMart telah perkenalkan perisa Mediterranean Sea Salt Sofuto, Coco Sofuto, Cheesecake Sofuto dan banyak lagi.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Did someone say Belgian Dark Chocolate Sofuto? Enjoy the burst of rich dark chocolate flavour when you bite into our…

Posted by FamilyMart Malaysia on Tuesday, 27 August 2019

Tidak dapat dinafikan bahawa perisa coklat memang kena dengan selera ramai orang. Harga bagi Belgian Dark Chocolate sofuto adalah RM3.90 sahaja dan tersedia di semua cawangan FamilyMart kecuali di cawangan MRT TTDI.

Selain itu, FamilyMart juga tampil dengan dua perisa baharu untuk milkshake iaitu Belgian Dark Chocolate dan Macha. Harga bagi milkshake ini adalah RM7.90 sahaja.

It does not end with Belgian Dark Chocolate Sofuto, we are taking our Sofuto to a whole new level!🤯 Now you can sip…

Posted by FamilyMart Malaysia on Tuesday, 27 August 2019

Bagi anda yang ingin mencuba aiskrim dan minuman terbaharu daripada FamilyMart ini, anda harus dapatkan segera sementara ia masih ada. Rugi jika anda tidak mencuba aiskrim coklat premium ini yang setanding Godiva!

Klik pautan di bawah untuk artikel-artikel berkaitan makanan yang sedang hit di Malaysia sekarang.

FamilyMart Perkenalkan Menu Terbaharu ‘Spicy Korean Soup’

‘Zinger Double Down’ Kembali Ke KFC Malaysia Minggu Hadapan

Nestle Berkolaborasi Dengan Starbucks Perkenalkan ‘Starbucks at Home’ Di Malaysia

Anda Mungkin Suka