Selain cendol dan ais kacang, aiskrim adalah dessert pilihan ramai rakyat Malaysia ketika cuaca panas. Kalau sebut aiskrim Belgian Dark Chocolate pasti ramai sudah terbayang kelazatan aiskrim itu di FamilyMart.

Anda pasti gembira kerana aiskrim perisa Belgian Dark Chocolate kegemaran ramai kini kembali semula. Diketahui umum bahawa setiap bulan FamilyMart akan memberikan aiskrim percuma, jadi anda yang lahir bulan Mac bolehlah dapatkan aiskrim ini secara percuma.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebenarnya mudah sahaja untuk menebus aiskrim percuma ini. Anda hanya perlu muat turun aplikasi FamilyMart pada telefon pintar anda dan mendaftar menjadi ahli. Kemudian, pergi pada bahagian reward dan pilih birthday voucher dan tunjukkan di kaunter untuk menebus baucar anda. Mudah dan cepat, bukan?

Promosi khas ini hanya sah sehingga 31 Mac 2020 ini dan tersedia di kesemua cawangan FamilyMart kecuali di Genting Highlands dan KLIA2. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan aiskrim percuma dan nikmati aiskrim perisa Belgian Dark Chocolate kerana ia tersedia pada waktu terhad sahaja.

Sementara itu, anda juga boleh mencuba menu-menu lain yang sedap dan lazat di FamilyMart. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

FamilyMart Perkenalkan Menu Terbaharu ‘Spicy Korean Soup’

FamilyMart Tawar ‘Brown Sugar Bubble Milk’ Dengan Harga Hanya RM4.90

Bagaimana Pemberian Roti Keju Di FamilyMart Buatkan Saya Faham Konsep Rezeki