Kebanyakkan rakyat Malaysia kini gemar minum minuman ‘bubble tea’. Lihat sahaja kedai seperti The Alley, Tiger Sugar, dan lain-lain pasti penuh dengan ramai orang sehinggakan sanggup beratur panjang.

Kini, FamilyMart tampil dengan minuman Brown Sugar Bubble Milk yang pastinya dapat bersaing dengan jenama minuman teh boba yang terkenal di pasaran sekarang. Kami telah mencuba sendiri minuman yang baru diperkenalkan oleh FamilyMart ini.

bubble tea promo:vckt

FM:vckt

FM

Apa yang kami boleh katakan, rasa minuman ini yang kurang manis pasti menjadi pilihan mereka yang gemar minum minuman kurang manis. Rasa Brown Sugar Bubble Milk ini mengingatkan kami kepada minuman Royal No.9 Milk Tea di The Alley. Malah, boba dalam minuman ini juga lembut dan tidak terlalu kenyal. Penawaran harga dan rasa yang diberikan sangat berbaloi untuk dibeli.

Untuk pengetahuan anda, Brown Sugar Bubble Milk ini dijual dengan harga RM4.90 hanya pada waktu terhad iaitu sehingga 25 Jun 2019 ini dan akan dijual dengan dengan harga RM6.90 setelah promosi tamat. Kini anda mampu membeli teh boba dengan harga mampu milik.