Buat para peminat FamilyMart, berita ini pasti membuatkan anda tersenyum gembira. FamilyMart kini menawarkan sofuto atau aiskrim untuk kesemua perisa yang ada dengan harga promosi sebanyak RM0.99 sahaja.

Anda hanya perlu membuat pembayaran dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk melayakkan anda menebus aiskrim dengan harga promosi di FamilyMart.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan selalu promosi seperti ini ditawarkan dan difahamkan promosi ini hanya tersedia sehingga 14 Julai 2021 atau apabila sudah ditebus sepenuhnya. Malah, promosi ini hanya terhad untuk satu aiskrim dalam satu transaksi.

Promosi ini boleh ditebus di kesemua cawangan FamilyMart terdekat anda kecuali di KLIA2 dan Genting serta sah untuk dibawa pulang sahaja. Tunggu apa lagi? Jangan terlepas peluang keemasan ini untuk nikmati sofuto pilihan anda dengan harga promosi.

Sementara itu, anda mungkin boleh pertimbangkan beberapa menu di FamilyMart untuk dicuba. Klik pada pautan dibawah untuk ketahui menu tersebut.

Lembut Dan Enak, Pencuci Mulut ‘Soft Crepe Skin’ Sudah Mula Dijual Di FamilyMart

FamilyMart Perkenalkan Menu ‘Chocolate Lava Cheese Croissant’ Mulai Hari Ini

FamilyMart Tawar ‘Brown Sugar Bubble Milk’ Dengan Harga Hanya RM4.90