Marvel Studios dikhabarkan bakal menghasilkan sekali lagi karya reboot untuk siri Fantastic Four pada tahun 2022 susulan beberapa kali ‘gagal’ dalam menjayakan franchise berkenaan.

Sebelum ini, Kevin Feige memberitahu bahawa filem X-Men dan Fantastic Four mungkin tidak akan menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun ini. Akan tetapi, terdapat khabar angin mengatakan beberapa karakter Marvel yang sebelum ini di bawah Fox akan menyertai MCU lebih awal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, Peyton Reed yang merupakan bekas pengarah filem Ant-Man turut dikatakan sedang berkempen untuk menjayakan karya reboot ini. Pastinya khabar angin ini memberikan sedikit kegembiraan kepada anda dan sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Marvel tentang perkara ini.

Sumber