Pelakon terkenal Farid Kamil dalam satu hantaran di Instagram-nya menjelaskan beliau menerima keputusan Istana Pahang menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepadanya.

Farid pada semalam dilaporkan perlu mengembalikan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang diterimanya pada 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya,” coret Farid di Instagram.

Farid dalam hantaran berkenaan turut berkongsikan gambar kenangan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam hantaran berkenaan.

farid2

Selain Farid, gelaran yang diberikan kepada seorang lagi artis yang dikenali sebagai Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman turut ditarik balik.

Pengumuman mengenai perkara itu dijelaskan oleh Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak seperti dilaporkan pada semalam.

Jelasnya, penarikan darjah kebesaran itu sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca kembali perkongsian kami pada semalam mengenai penarikan balik gelaran yang diberikan kepada Farid Kamil dan Boy Iman melalui pautan di bawah. 

Gelaran Datuk Farid Kamil Dan Boy Iman Ditarik Balik Sultan Pahang, Berkuatkuasa 1 Februari

Akaun Twitter Netflix Malaysia Mula Membuat Ciapan Dalam Bahasa Kebangsaan

Ibu Aiman Tino Luah Rasa Kecewa Digelar ‘Mertua Dari Neraka’