Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar denda sebanyak RM5,500 sebagai ganti kepada hukuman penjara 13 bulan.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor berkata bahawa beliau mengambil kira rayuan Farid terhadap hukumannya setelah perayu membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua, termasuk anggota polis tersebut.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Farid turut memohon maaf di atas kesalahannya melibatkan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis.

Mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000, manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan kata tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Untuk rekod, pada 2 Jun lalu, beliau dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan oleh majistret Nor Ariffin Hisham di atas kedua-dua tuduhan. Farid turut diarahkan membayar kos pendakwaan berjumlah RM5,000, yang dijelaskannya. Beliau kemudiannya dibenarkan jaminan RM10,000 sementara menunggu keputusan rayuan.

Gelaran Datuk Farid Kamil dan Boy Iman ditarik balik Sultan Pahang, berkuatkuasa 1 Februari. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Gelaran Datuk Farid Kamil Dan Boy Iman Ditarik Balik Sultan Pahang, Berkuatkuasa 1 Februari

Gagal Hadir Ke Mahkamah, JAIS Kerah 122 Anggota Untuk Buru Dan Tangkap Sajat

Sudah Ada Bukti Video, Peguam Ini Jelaskan Sebab Artis Mengaku ‘Tidak Bersalah’ Di Mahkamah

Anda Mungkin Suka