Farid Kamil mendedahkan kepada pihak media selepas tayangan perdana ‘Anwar: The Untold Story’ semalam, sebelum ini beliau mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia, jika Anwar Ibrahim tidak mentadbir negara selepas PRU15.

Memetik Free Malaysia Today, Farid Kamil menyatakan beliau mengharungi kesukaran ketika penggambaran filem biopik itu bermula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya terpaksa rahsiakan perjalanan saya ke Indonesia sehingga filem itu siap dan Anwar jadi perdana menteri,” katanya.

“Saya bersyukur dapat pulang (ke Malaysia), kerana ketika saya pergi, saya beritahu isteri, besar kemungkinan kami (sekeluarga) terpaksa pindah ke sana (Indonesia),” terang beliau.

Anwar Ibrahim yang turut menghadiri tayangan perdana semalam berkata, filem itu, kecuali penyuntingan dan runut bunyinya, telah siap sebelum beliau menjadi perdana menteri.

“Perlu sedar akan hakikat (saya mungkin tidak mentadbir). Sebab itu, saya masih ingat membaca wawancara Farid mengenai kemungkinan saya tidak mengambil alih kepimpinan, (apabila beliau berkata) mungkin akan meninggalkan negara kerana terlalu banyak risiko untuknya.

“Mereka yang berada di koridor mungkin tidak suka, tetapi saya dah ada di sini,” kata Anwar.

Filem biopik Anwar, The Untold Story berkisarkan perjalanan politik Anwar di Malaysia dalam memerangi rasuah. Ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 18 Mei depan.

Set masa filem itu berdasarkan cabaran yang dihadapi Anwar dalam menangani isu rasuah di negara ini bermula dari 1993 sehingga 1998, iaitu ketika dilantik sebagai Menteri Kewangan sehingga dipecat dan dipenjarakan.

Diolah daripada kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai ketegasan Anwar yang konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai daripada pihak tertentu.