Sebut mengenai Farm Fresh pasti ramai cukup tahu dengan jenamanya ini. Berjaya menawarkan seleksi produk berasaskan susu serta pemasarannya yang kuat membuatkan jenama ini dikenali ramai.

Terbaharu, setelah lama berada dalam rancangan, Farm Fresh Bhd dilaporkan bakal menandatangani perjanjian taja jamin bersempena dengan tawaran awam permulaan atau IPO yang dijangka bakal disenaraikan Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities pada suku pertama tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi laporan Harian Metro, kumpulan tenusu bersepadu ini telah menandatangani perjanjian bersama CIMB Investment Bank Bhd, Maybank Investment Bank Bhd, Affin Hwang Investment Bank Bhd, AmInvestment Bank Bhd, Hong Leong Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd.

Sumber: EY

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Loi Tuan Ee, sepanjang lebih 12 tahun berusaha keras, mereka berjaya berkembang antara pengeluar tenusu terkemuka negara walaupun terdapat saingan sengit daripada jenama lain.

Difahamkan IPO yang bakal dilancarkan terdiri daripada 520.2 juta saham sedia ada dan terbitan awam sebanyak 223 juta saham baharu.

Untuk pengetahuan, Farm Fresh atau sebelum ini dikenali sebagai The Holstein Milk Company Sdn Bhd merupakan syarikat tenusu tempatan terbesar di Malaysia dengan anggaran 18 peratus penguasaan pasaran dalam segmen susu sedia untuk diminum setakat 30 September 2021.

Syarikat ini mengendalikan lima ladang tenusu di Malaysia dan satu ladang tenusu di Australia merentasi kawasan seluas 5,400 ekar.

Ikuti juga kisah ‘Boss Susu’ yang sebelum ini pernah diperlekeh kerana sekadar menjual susu sehingga berjaya membantu syarikat meraih jualan jutaan ringgit setahun.

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

Sumber