Baru-baru ini tular di media sosial hantaran seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang membuat ucapan dalam Bahasa Melayu dan menyanyikan lagu Negaraku dengan fasih.

Hantaran yang dibuat lelaki tersebut, Leon J.Muffet di Facebook itu tidak menunggu masa yang lama untuk menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan kobelehannya berbahasa kebangsaan Malaysia itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada video yang dikongsikan di media sosial itu, mungkin ramai yang menganggap beliau mempelajari bahasa kebanggan rakyat Malaysia itu secara bersendirian.

Namun, apa yang mungkin ramai tidak tahu adalah beliau sebenarnya pernah tinggal dan berkhidmat sebagai guru di Malaysia sebelum ini atau lebih tepat lagi pada zaman 1970-an dahulu.

Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri dalam salah satu hantarannya di Facebook sambil menghargai sokongan dan maklum balas baik yang diterima selepas memuat naik ucap selamat kepada warga Malaysia sebelum ini.

Bukan saja fasih berbahasa Malaysia namun cikgu mat salleh ini rupanya mempunyai nama gelaran sendiri – ‘Kerbau balar’ yang menurutnya diberikan oleh anak murid beliau di Sekolah Menengah Air Hitam, Kedah sebelum ini.

“Saya habis fikiran dan hilang suara—tak ada kata kata yang sesuai.

“Kerbau balar Lubuk Pinang ini (kerbau balar adalah nama panggilan/nama kesayangan yang pernah diberikan kepada saya oleh anak muridnya di Sekolah Menengah Air Hitam, Air Hitam, Kedah) rasa penuh dengan syukuran,” tulisnya di Facebook.

Berpunca daripada video ucap selamat beliau kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi COVID-19 ketika ini, beliau dalam beberapa hantaran selepas itu menyfatkan menerima ‘kebanjiran kasih sayang’ daripada netizen-netizen di negara kita.

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang kenal dengan Rhys William, warga Britain yang juga fasih berbahasa Melayu dan terkenal dengan video jalan-jaan cari makannya. Klik pautan di bawah untuk membaca kisah bagaimana beliau mula mempelajari bahasa Malaysia sebelum ini. 

Kerana Jatuh Cinta Dengan Malaysia, Mat Salleh Ini Belajar Kuasai Bahasa Melayu

Bila ‘Mat Salleh’ Menyanyi Dan Bagi Ucapan Raya Dalam Bahasa Melayu. Kelakar!

Sumber