Toretto & Co is back! Nampaknya franchise ini tidak mahu menekan pedal brake lagi selepas Furious 7 dan Universal Pictures masih ingin meneruskan aksi penuh adrenaline keluarga Toretto. Tetapi The Fate of the Furious a.k.a Fast 8 kembali tanpa Paul Walker, yang bersama-sama Vin Diesel menjadi nadi franchise ini sejak daripada filem yang pertama. Persoalan yang sering kali bermain di minda para peminat semestinya adakah filem ini mampu diteruskan tanpa Paul?

Sinopsis filem ini bermula dengan Dom (Vin Diesel) dan Letty (Michelle Rodriguez) kini menetap di Cuba dan meneruskan hidup seperti biasa selepas selesainya misi mereka dalam Furious 7. Ketika Dom merasakan hidup mereka sudah aman tanpa gangguan, tiba-tiba Cipher (Charlize Theron) muncul memberikan misi yang mustahil untuk Dom elak. Untuk meneruskan misi tersebut, Dom terpaksa berpaling tadah dari keluarga dan rakan sepasukannya. Ini serba sedikit tentang sinopsis filem ini. Kalau cerita banyak nanti anda kecam saya pula. Jadi di sini saya senaraikan 5 perkara yang buatkan filem ini perlu ditonton di pawagam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Filem produksi Hollywood pertama buat pengambaran di Cuba

Selepas hampir 50 tahun, ini adalah produksi Hollywood berskala besar pertama yang membuat pengambaran di Cuba. Bagi yang tidak tahu, hubungan antara Cuba dan Amerika Syarikat baru dipulihkan sekitar tahun 2008. Sejak 1961, hubungan diplomatik antara Cuba dan Amerika Syarikat diputuskan oleh presiden Cuba ketika itu, Fidel Castro. Menarik untuk anda baca tentang kisah Cuba dan Amerika Syarikat ini.

Kembali kepada filem ini, Fast 8 menunjukkan kepada dunia scene kereta di Cuba. Di Cuba, mereka sangat gilakan kereta buatan Amerika Syarikat. Disebabkan embargo ekonomi antarabangsa kepada Cuba, kereta-kereta vintaj Amerika Syarikat dimodifikasi menggunakan bahagian-bahagian kereta dari pelbagai jenis jenama kerana susah untuk membuat pembelian terus dari Amerika. Asalkan hidup dan cantik, mereka suka. Janji Made In USA. Gadis-gadis Cuba pun, tak kurang cantiknya!

2. Race scene is back!

Belum pun sempat nak panaskan tempat duduk, adegan lumba kereta pun bermula! Just like the old days, Toretto berlumba dengan ketua gangster di Cuba, the Cuban way. Perlumbaannya lebih berliku dan mencabar berbanding perlumbaan di Amerika Syarikat. Jadilah untuk mengubat kerinduan peminat siri ini yang mahukan perlumbaan kereta dikembalikan dalam filem Fast & Furious.

Spoiler: Dom memenangi perlumbaan di Cuba dengan gaya reverse kereta sampai enjin meletup!

3. Mereka masih merindui Paul Walker

Boleh dikatakan mereka masih belum move on dengan pemergian Brian. Mana tidaknya, mereka bersama-sama dari filem yang pertama lagi dan semestinya bonding antara setiap pelakon sangat kuat. Di dalam Fast 8, mereka tidak mematikan watak Brian. Mereka cuma menyebut yang Brian tidak mahu lagi diganggu dan kini hidup aman bersama Mia. Jadi kedua-dua watak ini tidak akan muncul lagi dalam franchise Fast & Furious.

Ada satu lagi adegan yang melibatkan nama Brian ini tetapi itu anda kena lihat sendiri.

4. Bromance antara The Rock dan Jason Statham

Rasanya ini yang menyerikan dan membuatkan filem ini jadi lebih fun! Pecah jugalah lawak-lawak antara mereka berdua ini. Tetapi untuk anda faham lawak-lawak mereka ini, anda kena tonton dulu Furious 7. Dalam Furious 7 kan Jason Statham adalah watak penjahat. Tetapi untuk Fast 8, Jason Statham perlu bersama-sama pasukan The Rock untuk menangkap Dom.

Chemistry antara Dwayne Johnson dan Jason Statham ini memang padu. Harap-harap mereka ada filem bersama selepas ini. Kalau Universal Pictures buat karya Spin-off guna watak Agent Hobbs dan Deckard Shaw ini, pasti meletup ! Bagi saya, watak Deckard Shaw dan Hobbs paling menonjol dalam filem Fast 8 ini.

5. Watak Mr. Nobody, Helen Mirren, Charlize Theron dan cameo yang mantap

Pemilihan Charlize Theron sebagai Cipher memang tepat. Tetapi untuk Fast 8, wataknya seperti tidak cukup Ummmph lagi. Mungkin untuk filem yang akan datang baru Cipher akan lebih mengganas? Begitu juga Helen Mirren. Pernah tengok filem RED sebelum ini? Sama seperti Charlize Theron, kemampuan lakonan mereka tidak dapat dipamerkan sepenuhnya.

Spoiler lagi: Pandai betul si Cipher ini main psikologi dengan Dom dengan menculik antara orang penting dalam hidup Dom. No wonder Dom sanggup dan terpaksa ikut rentak si Cipher.

Kurt Russell sebagai Mr. Nobody turut menambah warna dalam filem ini. Aksinya yang cool sebagai special agent yang ditugaskan menjaga pasukan Dom sambil melatih agen baharu memang patut dipuji. Owh ada juga cameo dari watak-watak Fast & Furious sebelum ini. Cameo ini walaupun sekejap, tetapi cukup buat anda tersenyum.

Fast 8 bagi saya ada juga kecacatannya. Paling ketara adalah ada beberapa scene dalam Fast 8 ini yang sangat ketara penggunaan CGI-nya. Terutamanya sewaktu adegan Toretto mengejar menteri Russia. Kalau bab pelanggaran kereta, itu tak payah cakaplah. Dari Fast & Furious yang pertama, langgarlah banyak kali pun, kereta hero mesti maintain handsome sahaja. Padahal dia langgar kereta depan sikit punya kuat, tapi maintain elok macam tak pernah berlanggar dengan apa-apa pun.

Perkara ini mungkin split second sahaja dan mungkin orang tidak perasan pun, tetapi mata saya ini sudah terbiasa untuk tengok kesan pelanggaran kereta. Bukan dalam Fast & Furious sahaja, filem Hollywood yang lain juga lebih kurang. Cuma Mad Max yang betul-betul langgar terus hancur kereta. Total Carnage!

Bagi peminat setia Fast & Furious mungkin merasakan franchise ini sudah lari dari DNA asalnya, illegal street racing. Tetapi setiap franchise perlu berubah dan evolve supaya ianya menjadi lebih matang dan kekal relevan. Dengan adanya star studded cast, franchise ini tidak akan berhenti setakat Fast 8 ini sahaja. Franchise ini membuat sedikit upsell untuk siri seterusnya apabila Cipher lompat keluar dari kapal terbang untuk selamatkan dirinya dan beliau masih bebas? Alamak, terbuat spoiler pula. Jadi adalah sebab untuk Universal Pictures menyambung siri ini nanti.

Mungkin ada yang kata filem ini hambar, jangan dengar cakap mereka. Adegan lucu (terutamanya dengan gelagat si Roman Pierce) dan aksi yang diadun rapi buatkan filem ini tidak bosan untuk ditonton. Saya beri rating 8/10 untuk filem ini. Pasangkan tali keledar dan selamat menonton!

https://www.youtube.com/watch?v=-NTRVR7evUg