Pixar adalah sebuah syarikat animasi yang telah banyak menghasilkan animasi berkualiti tinggi dan sangat diminati di serata dunia. Antara hasil kerja Pixar termasuklah animasi hebat Cars dan Planes yang bukan saja digilai oleh kanak-kanak malah ibu bapa mereka juga tidak terkecuali.

IGN baru-baru ini menghasilkan satu video trailer filem ‘Furious 7‘ jika ianya dihasilkan oleh Pixar. Dalam video trailer ini, filem Furious 7 ditunjukkan melalui animasi Cars dan juga Planes. Hasil yang akan anda lihat sangat epik!

Kami percaya jika ianya betul-betul ditayangkan di pawagam, kutipan yang akan dikumpul pasti tidak banyak beza dengan versi live action filem lakonan Vin Diesel dan Paul Walker ini.

Lihat Juga: Bagaimana Paul Walker hidup semula dengan teknik CGI hebat ini

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram