Anda yang menonton Gegar Vaganza 5 semalam pastinya melihat lawak yang dibawakan oleh Dato Aliff Syukri ketika mempromosikan produk . Bagi mempromosikan produk beliau, beliau katanya ingin memberi produk berkenaan kepada seorang wanita yang dikatakan hodoh dalam dewan.

Setelah beliau mencalitkan produk pada wanita tersebut, beliau mengatakan beliau akan membayar wanita tersebut. Akan tetapi, hal ini membuatkan netizen kurang selesa dengan lawak berkenaan kerana Dato Aliff dilhat seperti ‘menghina’ wanita berkenaan secara live.

Netizen di Twitter terutamanya berkata Aliff Syukri sudah banyak kali ‘terlepas’ dalam membuat lawak yang tidak lucu sebegini. Dapat dilihat juga wajah-wajah penonton lain di dalam dewan yang tidak selesa dengan jenaka yang dibuat oleh Aliff Syukri ini. Bagaimana anda boleh kata seseorang hodoh secara live tanpa memikirkan perasaan perempuan berkenaan?

Fazley Yaakob juga menzahirkan rasa kurang selesanya di laman sosial Facebook dengan mengatakan lawak yang dibawa oleh Dato Aliff keterlaluan. Bagi Fazley, Dato Aliff sepatutnya tidak menggunakan perkataan yang sensitif seperti warna kulit dan melabel wajah seseorang hodoh.

Maaf.. its too much jika sekadar untuk marketing. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan…

Posted by Fazley Yaakob on Sunday, 4 November 2018

Wajarkah diteruskan jenaka sebegini semata-mata untuk mempromosikan produk? Pelbagai lapisan umur yang menonton rancangan itu semalam, bayangkan generasi-generasi muda yang menonton dan terikut-ikut melabel kecantikan melalui warna kulit dan rupa paras sedangkan definisi cantik itu sendiri adalah subjektif.

Rancangan yang hebat ‘dicacatkan’ dengan insiden sebegini. Program live tidak boleh disunting dan setiap kesilapan terus boleh ditonton oleh semua. Kami bersetuju dengan Dato Fazley Yaakob dan diharap Aliff Syukri perlu lebih berhati-hati dengan tutur katanya selepas ini.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →