Chef selebriti dan penyanyi Fazley Yaakob tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik salah faham orang ramai yang menganggap Farit Ismeth Emir sebagai bapa mertuanya.

Perkara itu dibuat Fazley melalui satu hantaran yang dibuat di laman Instagram-nya pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takziah buat saya dan isteri saya @azrene_ahmad , kerana menyangkakan bahawa arwah adalah ayah kandung beliau.

“Mereka bukan bersaudara. Terlalu banyak ucapan takziah yang hadir di dalam whatsapp kami sekeluarga,” jelasnya.

Malah menurutnya, bapa kandung kepada isterinya, Abdul Aziz Nong Chik masih lagi hidup dan sihat.

https://www.instagram.com/p/B_NEGSMgiGl/?utm_source=ig_web_copy_link

Fazley pada masa sama menjelaskan kenyataan itu dibuat bagi memperbetulkan kekeliruan yang timbul selepas berita pemergian pembaca berita RTM, Farit Ismet Emir pada semalam.

Malah, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut juga memuji tindakan Fazley dan membuat penjelasan tersebut memandangkan terdapat kekeliruan mengenai perkara itu sebelum ini.

photo_2020-04-21_13-07-51 photo_2020-04-21_13-07-49

Arwah Farit Ismet Emir yang juga merupakan bapa kepada artis Dj Fuzz meninggal dunia pada semalam di Hospital Assunta, Petaling Jaya kerana kanser.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai khabar duka tersebut di bawah. Klik pautan untuk membaca. 

Pembaca Berita Dunia RTM, Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia

Penyanyi Indonesia, Glenn Fredly Dilaporkan Meninggal Dunia