Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri telah berkenan mengurniakan sebuah lukisan potret kepada keluarga selebriti tanah air iaitu Fazura dan juga Fattah Amin semalam di Istana Selangor.

Menerusi perkongsian Fazura di Instagram miliknya, dia berasa bersyukur dan terharu di atas kurniaan yang bermakna ini. Malah, dia bersama keluarga meluangkan masa di perkarangan Istana Selangor dan juga dilihat memotong kek pulut kuning.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.” kata Fazura.

Tambahnya, kenangan ini amat bernilai buat dia sekelurga dan akan diabadikan selamanya. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian rakan selebriti dan juga netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif kepada pasangan tersebut dan memuji penampilan Fazura nampak simple dan sopan ketika berada di Istana Selangor.