Nampaknya laman sosial Facebook, Instagram dan Whatsapp telah mengalami gangguan sekali lagi sejak beberapa jam terakhir. Sehingga kini, gangguan tersebut masih belum selesai di beberapa negara termasuklah Malaysia.

Antara gangguan yang dialami para pengguna berdasarkan laporan adalah kegagalan untuk memuat naik gambar, video mahupun status di media sosial malah ada yang tidak dapat menyemak kemaskini terbaru di Timeline akaun media sosial masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semakan di laman Down Detector mendapati, Instagram mendapat 1,481 laporan, manakala Facebook 483 laporan dan WhatsApp 254 laporan yang turut meningkat dari semasa ke semasa. Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pengendali tiga laman sosial berkenaan.

Sumber