Butik sneakers yang berasal dari Las Vegas iaitu Feature telah melakukan kerjasama dengan Vans Vault untuk menghasilkan kasut yang diberikan nama oleh ‘Sinner’s Club’.

Pada kali ini, dua model kasut Vans menjadi pilihan iaitu Slip On dan Old Skool dan dipadankan dengan pakaian dari Mitchell & Ness dengan menawarkan baju panas, seluar pendek bola kerajang Velor, baju tee dan topi.

Dibuat dengan kemasan yang mewah, kasut ini disertakan dengan suede premium dan penghasilan fabrik velvet pada bahagian atas dalam warna hitam, plum, dan merah. Garisan hijau pada lidah kasut dan tepi kasut turut melambangkan keborosan wang yang dihabiskan pada bandar tersebut. Sulaman penari kelab dapat dilihat pada model Slip On yang melambangkan motif kelab malam.

Setiap model disertakan dengan dua set tali tambahan serta dustbag Velo. Feature x Vans Vault “Sinners Club” bakal mula dijual pada 3 Mac ini di kedai atas talian. Warna ungu, plum dan hijau yang disertakan berjaya mengingatkan kami kepada watak antagonis terkenal iaitu ‘Joker’.

feature-vans-vault-sinners-club-old-skool-classic-slip-on-2

feature-vans-vault-sinners-club-old-skool-classic-slip-on-3

feature-vans-vault-sinners-club-old-skool-classic-slip-on-4

feature-vans-vault-sinners-club-old-skool-classic-slip-on-5