Lagu ‘Sesuci Lebaran’ yang didendangkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza sudah menjadi ‘lagu wajib’ dipasang sejak hampir 20 tahun lalu setiap kali musim perayaan tiba.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video TikTok di mana seorang lelaki mempertikaikan bait-bait lirik yang menyebut perkataan ‘Bantulah miskin, hina’ sebagai toksik kerana dia merasakan perkataan itu seperti menghina golongan miskin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi menjernihkan keadaan,pengacara dan personaliti terkenal, Ahmad Fedtri Yahya tampil menjelaskan bait lirik ‘miskin, hina’ itu tidak bermaksud kita menghina orang miskin tetapi menurutnya ia hanya perkataan menunjukkan miskin itu tarafnya lebih rendah dari kaya.

@fedtriyahya

Miskin hina hanyalah kiasan saja. Kena banyak membaca 😀 #sesucilebaran

♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

“Perkataan itu bukanlah untuk mengutuk atau menghina tetapi ia menunjukkan merendah diri status sosialnya.

“Dalam doakan pun kita digalakkan ‘menghina diri’ kepada Allah, merendah diri untuk sesuatu yang baik.

“Kita letak dirikan taraf yang bawah di atas Allah yang berkuasa. Kena banyakkan membaca, kerana bahasa Melayu ni banyak maksud, kiasan dan falsafahnya,” terang beliau.

Penerangan yang dikongsikan oleh Ahmad Fedtri ringkas tetapi padat dengan jawapan itu telah disambut baik oleh warganet.

Orang ramai bersetuju dengan pendapat Ahmad Fedtri, di mana Bahasa Melayu mempunyai nilai kesusasteraan yang sangat tinggi dan tidak boleh ‘direct translate‘ secara terus.

Sumber Gambar: TikTok @fedtriyahya
Sumber Gambar: TikTok @fedtriyahya

Pemuat naik video asal dipercayai sudah pun memadam video yang telah mencetuskan kontroversi di media sosial ketika orang ramai sudah mula masuk mood berhari raya, setelah hampir dua tahun tertangguh ekoran wabak COVID-19.

Lelaki itu juga dengan merendah diri mengakui kekhilafan dan ceteknya ilmu Bahasa Melayu sehingga boleh mencetuskan rasa kurang senang majoriti pihak yang ‘membesar’ dan ‘berhari raya’ dengan lagu ‘Sesuci Lebaran’ itu.

Sumber Gambar: TikTok @fedtriyahya

‘Buang yang keruh, ambil yang jernih’, semoga penjelasan oleh Ahmad Fedtri membuatkan orang ramai lebih berhati-hati semasa mahu mengupas bait-bait lirik Bahasa Melayu, lebih-lebih lagi lagu klasik yang kaya dengan kiasan.

Sementara itu, anda boleh tonton Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyanyikan ‘lagu wajib Hari Raya’ secara live menerusi video yang The Vocket kongsikan di bawah.

Penyanyi tersohor Malaysia berasa sebak apabila beliau mengakui merindui suasana menjadi ‘orang biasa’ semasa melakukan ibadah umrah pada waktu ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Sebak Menangis Di Hadapan Kaabah, Siti Nurhaliza Akui Rindu Jadi ‘Orang Biasa’

Sedih Dengan Pemergian Siti Sarah, Siti Nurhaliza Sekadar Mampu Nyanyi 2 Baris ‘Aku Bidadari Syurgamu’

Sumber