FelixiaYeap280614

Dalam temubual bersama Aznil Hj Nawawi di program HLIVE! hujung minggu lalu, Felixia Yeap ada menyatakan yang nama barunya berakhir dengan Rania dan nama pertama masih dirahsiakan namun ianya bermula dengan huruf R.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bekas model, Felixia Yeap yang bakal memeluk islam, pada 3 Julai ini mengakui sudah mempunyai nama sesuai yang diperoleh melalui mimpi. Yeap, 28, berkata beliau akan mengumumkan nama baru yang diperoleh itu pada majlis memeluk agama Islam nanti, 5 Ramadan ini.

“Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam. Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.

“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya yang dipetik daripada My Metro, di sini, hari ini.

Katanya, pada mulanya beliau menyangka nama berkenaan tidak membawa sebarang maksud dan turut mengakui mengimpikan menjadi muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

“Namun, apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan ternyata ia mempunyai maksud yang baik dan indah. Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar daripada kehidupan lampau saya”

Sumber: Harian Metro