Masihkah anda ingat lagi dengan koleksi gambar-gambar ini yang pernah viral suatu ketika dulu? Hasil karya jurugambar dari Rusia bernama Murad Osmann ini pernah menjadi viral kerana keunikan cara mereka bergambar.

Gambar-gambar itu mempunyai gaya penceritaan yang indah bagi orang yang melihatnya. Rasa cinta dan keakraban perhubungan diterjemahkan melalui fotografi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dek kerana gambar-gambar ini jugalah Instagram beliau kini mempunyai hampir 5 juta pengikut! Anda boleh lihat semua koleksi gambar mereka di sini.

Pasangan dari Taiwan yang telah parody kan gaya #followmeto baru-baru ini.
Pasangan dari Taiwan yang telah parody kan gaya #followmeto baru-baru ini.

Keunikan gaya Murad bergambar bersama teman wanitanya (sekarang dah jadi isteri ya!) telah menjadi trend dan ikutan pasangan-pasangan di seluruh dunia setiap kali ingin bergambar, sampaikan ada juga yang buat parody! Haha!

Tapi pernah terfikir tak macam mana semua ini bermula?

Rupa-rupanya idea bergambar seperti ini tercetus secara kebetulan sahaja. Isteri Murad, Natalia Zakharova (Nataly) ada menceritakan secara ringkas peristiwa tersebut di dalam website rasmi mereka, Follow Me To.

Menurut Nataly, ketika itu status mereka hanyalah kawan baik, walaupun sebernarnya Murad sudah lama menaruh hati padanya. Kedua-duanya gemar melancong, hinggalah satu hari ketika mereka berada di Barcelona, Murad kerap mengambil gambar tak kira dimana mereka berada.

Nataly yang penat menunggu kemudiannya menarik tangan Murad kerana ingin meneruskan perjalanan mereka. Tapi Murad terus ambil peluang keemasan tersebut dengan mengambil gambar Nataly yang sedang menarik tangannya. Wah! Ini baru betul orang kata “not a typical love story”. Hehe.

Gambar yang diambil secara kebetulan oleh Murad.
Gambar yang diambil secara kebetulan oleh Murad.

Ketika membelek semula gambar-gambar yang diambil, mereka merasakan ada sesuatu yang istimewa dengan gambar tersebut. Dari situlah tercetusnya idea untuk memulakan projek yang diberi nama #FollowMeTo ini.

Tambah Nataly lagi, dia dan Murad ingin berkongsi dengan masyarakat di seluruh dunia tentang keindahan alam, tempat bersejarah, budaya, serta keunikan masyarakat di setiap tempat yang mereka lawati.

Rasanya, visi dan misi pasangan ini telah pun tercapai apabila masyarakat seluruh dunia terpegun dengan setiap gambar yang diambil oleh Murad.

Ini termasuklah monumen-monumen yang menjadi latar belakang sesi pengambaran ini, serta pakaian tradisi masyarakat negara tersebut yang dipakai oleh Nataly dalam setiap gambar.

Antara pakaian (termasuk baju kebaya) yang dipakai terbalik oleh Nataly.
Antara pakaian (termasuk baju kebaya) yang dipakai terbalik oleh Nataly.

Satu perkara lagi yang buat saya tertarik dengan usaha pasangan ini, apabila Nataly dengan sengaja memakai baju terbalik atau memakai perhiasan di bahagian belakang badannya.

Ini kerana Nataly ingin menunjukkan keindahan rekaan busana tersebut di lensa kamera Murad. Iyalah, kalau pakai baju tu betul-betul, tak nampaklah corak dan design baju tu nanti, betul tak?

Mungkin ada di antara anda yang berkata dalam hati:

Seronoknya boleh pergi travel satu dunia, tangkap gambar cantik-cantik.

Haa. Cemburulah tu! Hehe. Tapi apa yang mungkin anda semua perlu tahu ialah, bagaimana sebenarnya gambar cantik ini dihasilkan. Takkanlah main ambil saja, betul tak?

Baru-baru ini Murad ada memuat naik sebuah video di laman Youtube yang menceritakan proses setiap sesi fotografi mereka.

Berdasarkan video yang berdurasi selama 1.57 minit itu kita dapat lihat bukan senang ya nak ambil gambar cantik macam ni, lebih-lebih lagi dengan kepadatan penduduk dan keadaan cuaca di negara tersebut.

Keluar seawal 5 pagi dan selesai bergambar pada sebelah malam. Memang mencabar!

Selain daripada itu, Murad juga telah berkongsi beberapa keping gambar di belakang tabir sesi fotografi yang belum pernah dimuat naik di instagramnya sebelum ini. Wah, eksklusif betul ni!

Semasa sesi fotografi dijalankan.
Semasa sesi fotografi dijalankan.
Hasil akhir gambar yang menjadi gaya fenomena pasangan bercinta.
Hasil akhir gambar yang menjadi gaya fenomena pasangan bercinta.

Tak puas dengan gambar belakang tabir dan video pendek di Youtube? Anda juga boleh mengikuti kisah pengembaraan mereka di dalam rancangan tv mereka sendiri iaitu #FollowMeTo TV Show yang bersiaran di Channel Russia pada setiap Ahad, jam 10 pagi.

Melalui rancangan tersebut, mereka akan berkongsi bagaimana mereka berurusan dengan pihak berkuasa di setiap negara, bagaimana mereka memperolehi setiap pakaian kebangsaan atau tradisional di negara tersebut dan banyak lagi!

Untuk anda yang tak duduk dekat Rusia macam saya ni, jangan risau. Nataly masih akan berkongsi kisah pengembaraan mereka di laman web #FollowMeTo.

Bukan itu sahaja, Nataly juga akan berkongsi tip-tip travel yang berguna seperti tempat apa yang patut anda elakkan ketika pergi melancong, tempat apa yang bagus untuk dilawati, dan banyak lagi.

Saya boleh katakan yang laman web ini ibarat ‘mini encyclopedia’ untuk si kaki travel.

P/S: Hmm. Tiba-tiba rasa macam nak pergi melancong pulak lepas baca semua catatan pengembaraan mereka ni! Bagaimana dengan anda?